Friday, May 29, 2009

Anieq & Walker..

Haa laa, adik Anieq dah boleh naik walker la.. betu.. sungguh betul.. dah boleh jalan sana sini dah.. eh tapikan betul ker ada orang kata " tak leh ajar anak naik walker, takut nanti tua, boleh jadi nyanyuk?" isk sungguh ke? Sungguh aku curiga.. adakah dengan berjalan dahulu sebelum merangkak boleh jadi pelupa.. (err tapi aku kan mudah lupa..?" he hee...

Hmm entah lah... tukar je lah topik.. hmm adik Anieq nih mula naik walker kat umah mama pengasuh dia.. lega la sikit bila dah pandai naik walker nih.. boleh la di tinggal-tinggal kan.. dia pon ralit main-main jalan-jalan.. he hee tak teruk sangat nak dok perati dia.. tapi kakak dia lak dok jelos kang.. harus dia nak naik sama, kalau tak dia nak main sorong-sorong la...







Posted by Picasa

Saturday, May 2, 2009

Adik anieq dah 6 enam bulan..

Betul la.. adik Anieq dah melewati 6 bulan.. sekarang dia menuju bulan ke tujuh.. waaa dah makin besar anak aku ini, Ape taknya tadi lagi sekali dah pegi cucuk untuk umur 6 bulan, dan macam biasa bila pegi cucuk mesti kena timbang dulu kan.. emm kali nih berat dia dah tak naik banyak dah dalam 200 gram saja, mungkin sekarang dia dah semakin aktif, maklum lah dah pandai menyuloq (menyulur), habis lah dia terjun dari toto yang di hampar tu, tak kira tempat dia pergi, dan satu lagi yang perlu di catatkan.. sekarang nih adik Anieq dah mula dok angkat punggung, mmungkin tidak lama lagi dah nak merangkak... cepatnya masa berlalu kan?

tengok tu.. dah 7.6kg, nak 200g saja.. tapi kan dia dah tak senyum macam biasa
hah lagi.. muka suspen nak kena cucuk...
..ini muka bangun tidoq pagi nih.. bila di check tengok.. ada sesuatu yang tak kena kat mulut dia..
bila dah di close-up sikit baru lah nampak, eh gigi dia dah tumbuh lah!!!!!

Monday, March 30, 2009

Anieq dah 5 bulan dah








Whoaaa.. sedar tak sedar Anieq dah masuk 5 bulan aka bulan ke enam, dah besar dah budak nih, dah pandai main mata dah pandai angkat kening.. dah tu gelak pun dahmula mengekek.. kalau orang agah saja senyum meleret.. sekarang nih dah 7.3 @ 7.4 kilo dah nih.. 
nih masa 23.03 nak gi cucuk lah kekononnya, tapi dia selsema dan suhu badan dia naik sikit, jadi tak jadi lah, tengok berat dia tu, masa nih dah 7kg lebih dah..
nih, masa nak gi cucuk kali kedua la, seminggu lepas tu, dalam 1 hb April , tengok tu berat badan dia dah naik jadi 7.3 or 7.4 kilo dah, isk cepatkan berat badan dia naik..
hah, kang dah kena cucuk, tengok tuh sampai 3 orang kena pegang, yakni doktor, mema aku dan jurugambarnya, he hee aku lah tu... 
Posted by Picasa

Monday, March 9, 2009

Anieq Nu'man dah 4 bulan..


Hmm... dah lama tak tempekkan muka Anieq kat sini, sekarang ni dah 4 bulan lebih dah, dah pandai meniarap, dan bila dah meniarap mulut dia bising saja, kejap dia nak nangis, kejap dia nak bersembang, dah tu pulak sekarang ni dia dah pandai tengok tv dah, kalau tengok tv tu, diam saja penuh konsentrasi.. dan kadang-kadang mulut pon terbuka.. he hee apa lah Anieq nih.. tengok tv sampai terbuka mulut dia....

Pulak sekarang ni Anieq nih dah mula nak menyuloq (mengulur... errr bergerak kedepan, mengesot nih biasanya kalau duduk.. tapi kalau pucuk pokok menjalar juga mengulur kan..? adeh paham-paham sendiri la kan..?) , kejap kedepan, kejap kebelakang kadang-kadang tu ketepi, dah tu pandai lak menelantang balik bila dah penat meniarap. Emm satu lagi kan, dia ni dah pandai senyum kalau di agah, kadang-kadang tu sampai ketawa mengekek kalau di geletek.. ralit la kalau main dengan dia.. hmm gamaknya pasal tu ayong cemburu kot, kalau dah lama main ngan adik lepas tu ayong datang la nak buat hal...
Posted by Picasa

Friday, February 20, 2009

Let me tell U...





Saturday, January 31, 2009

Dah 3 Bulan..

Hai ni genap sudah, Anieq 3 bulan lahir ke dunia, dalam usia yang begitu muda dan rapuh ni, dia sungguh sensitif, hendak di manja bagai.. sentiasa kalau boleh nak melekat dengan mama dia, kalau hari bekerja susah juga jadinya, mama dia memang tak berkesempaan nak balik menyusu, jadi terpaksa lah dia menyimpan rindu dan dendam pada susu ibunya tu... 

Sempena dengan 3 bulan ni, sekalai lagi kena buat chek-up at klinik, sekalai kan, bila pi klinik Kuala Perlis tak mahu pulak cucuk adik Anieq, dengan alasan pasal kami dah mula cucuk kat Mahsuri, kena teruskan kat sana, takut tak sama dos, isk terkedu juga aku, sambil dalam fikiran aku terfikir juga, adakah ubat cucuk 3 bulan ni tak sama antara klinik kesihatan kerajaan dan swasta? maka kerana itu kami terpaksa pegi cari klinik swasta lain.. takkan nak pi Mahsuri kat Jitra nun.. akhirnya dapat juga kat Klinik Penawar Kuala Perlis, doktor tu kata sepatutnya tak ada apa-apa perbezaan la, pasai rekod dah ada.. hmm entah lah... tapi hangin juga aku ngan mem, serasa nak patah balik kat klinik keihatan tu dan kutip nama sorang-sorang, repot saja kat pengarah esihatan Negeri, kang kalau depa betul mesti ada penerangan kan? kalau depa salah pon depa kena jawab juga kan...? bukan lah bermakna nak cari gaduh.. cuma nak tuntut hak saj kan? lepas tu sekurang-kurangnya tanya dulu kenapa sebelum reject terus ke klinik swasta... 

Abis nya tak nak gaduh-gaduh maka pergi juga la ke klinik penawar tu dengan  hati yang bengkak, lepas amik no giliran, tunggu juga dalam 1/2 jam, baru dapat jumpa doktor, nasib baik dia layan baguih punya.. ilang bengkak di hati, hmmm dah alang-alang buat kat klinik swasta dapat lah bergambo.. jadi layan sajo lah gambo nyer..   

Adik Anieq di timbang.. wah beratnya udah naik lagi, dah jadi 6.5kg, naik 1 kilo dari bulan lepas..
Dua-dua naik seriau bila doktor nak cucuk, Adik Anieq seriau nak kena cucuk, mama seriau takut Adik Anieq meronta, nanti jadi lagi sakit, tapi Alhamdulillah Adieq Anieq nih hero juga nih, sikit saja dia berbunyi.. lepas tu ok saja...

Tuesday, January 27, 2009

Sepetang di taman...

Tengok nih, kali pertama bawak Adik Anieq gi taman kat kuala perlis, punya lah dia suka sampai tk tido langsung dia, lepas mulut dok terbuka macam nak menjerit, gelak atau bersorak.. kaki dan tangan tu diangkat-angkat macam nak sertai abang kakak yang dok main sama kat situ, ralit sungguh dia dok memerhati, sampai kita panggil pun di buat derrrrrrk saja.. 

Anieq belajar meniarap..?

Betul la.. dah nak belajar meniarap tuh, kalau letak kat atas totolak tu depan tv, pastu buat dunno saja kat dia, maka akan tergolek-golek lah dia , kadang-kadang tu macam dah jatuh dari toto.. tapi apa kan daya masih juga tak lepas-lepas lagi, tak per adik Anieq belajar kuat-kuat tau, tapi jangan dok gopoh-gopoh, kang tak boleh dah nangis pulak, lepas bebal dengan melalak kuat kuat nak tunjuk perasaa, isk maam sapa yer peangai mcam tu..?