Showing posts with label Anieq. Show all posts
Showing posts with label Anieq. Show all posts

Saturday, November 15, 2008

Gambar Anieq lagi...

huh.. gambar BB botak ni lagi la... belum boley nak update banyak-banyak... 
privacy sedikit kureng.. ramai owang la pulak kat umah nih.. jadi kapla ada sikit weng la... 
pssst :-
kalau korang tanya apa yang di tepekkan oleh mama Anieq kat kepala dia..? Ia hanya lah sekadar bedak sejuk sahaja.. guna nya? nak bagi sejuk kepala.. nak bagi kepala dia tak ringan sangat.. 
kalau tak..?
Dia muda tarkojut ooo.. he heee 

Thursday, November 13, 2008

Majlis Kesyukuran dan bercukur.. Part 1

Alhamdulillah, selepas bertegang betis, lengan dan urat-urat sebgal ku, majlis bercukur dan kesyukuran telah selesai dengan sempurnanya.. sebenarnya aku masih amat letih rasanya, tiada terdaya nak celik mata rasanya.. tapi ku tahan jua semata nak update.. aku tau ada yang dah tak sabar nak tau macam mana perjalanan kenduri nih, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan selamat.. walau terdapat beberapa hal berlaku tapi dasarnya semuanya berjalan dengan elok.. yang lain-lain layan saja la.. gambar yang sedikit nih.. aku hanya sempat snap sedikit dek kebizian dengan segala urusannya.. layan sajal lah dulu gambarnya nih.
Athirah yang tak mou berenggang dengan Anieq yang sedang di cukur rambutnya..

"Anieq botak!".. jerit Athirah... tapi dia masih cool saja kan..? Tak nangis masa bercukur, malahan tido saja.. ni selepas di mandikan, gamaknya terasa ringan kepalanya.. 

Antara hadirin dan hadirat sekelian yang sudi menghabiskan juadah yang disediakan..
(alamak gambar juadah terlupak nak amik.. huh bz sungguh la ni.. )

Gambar masa malam, selepas semua tetamu balik rumah, lega rasanya kan anieq. dah tak der sapa yang nak kaco-kaco lagi.. siang tadi nak tido pon tak senangkan.. kejap-kejap diangkat.. kejap-kejap di cium.. nak tido pon tak senangkan, anieq? 

Sunday, November 9, 2008

ini lah dia...

Ini lah dia..
di perkenalkan
Muhammad Anieq Nu'man
Kelu Jr.. 
he hee.. lepas nih tiada lagi istilah Kelu Junior kot.. 

Saturday, November 8, 2008

Kelu Jr.. : Tidur yang lena..

lena benar tidur si kecil nih...

Memang benar lah, adik ni... "Siang Mengantu malam berjaga".. pada waktu siang nih.. tido saja keja dia, bila dah malam baru la mula berjaga.. biasanya dari kol 2 - 3 pagi.. sampai lah dah dekat nak subuh baru la dia nak tido, jenuh la mama dan atuknya berjaga melayan kerenah si adik nih, patut lah sampai sakit-sakit kepala di buatnya.. walaupun begitu abahnya masih lagi terlepas dari di dera si adik pasal abahnya melayan si kakak tido dalam bilik.. manakala adik masih lagi tido kat luar bilik bersama atuknya (errr tukkat sebelah utara ngan sebelah selatan pastinya tak sama kan..?) .. he hee