Friday, May 29, 2009

Anieq & Walker..

Haa laa, adik Anieq dah boleh naik walker la.. betu.. sungguh betul.. dah boleh jalan sana sini dah.. eh tapikan betul ker ada orang kata " tak leh ajar anak naik walker, takut nanti tua, boleh jadi nyanyuk?" isk sungguh ke? Sungguh aku curiga.. adakah dengan berjalan dahulu sebelum merangkak boleh jadi pelupa.. (err tapi aku kan mudah lupa..?" he hee...

Hmm entah lah... tukar je lah topik.. hmm adik Anieq nih mula naik walker kat umah mama pengasuh dia.. lega la sikit bila dah pandai naik walker nih.. boleh la di tinggal-tinggal kan.. dia pon ralit main-main jalan-jalan.. he hee tak teruk sangat nak dok perati dia.. tapi kakak dia lak dok jelos kang.. harus dia nak naik sama, kalau tak dia nak main sorong-sorong la...







Posted by Picasa

Saturday, May 2, 2009

Adik anieq dah 6 enam bulan..

Betul la.. adik Anieq dah melewati 6 bulan.. sekarang dia menuju bulan ke tujuh.. waaa dah makin besar anak aku ini, Ape taknya tadi lagi sekali dah pegi cucuk untuk umur 6 bulan, dan macam biasa bila pegi cucuk mesti kena timbang dulu kan.. emm kali nih berat dia dah tak naik banyak dah dalam 200 gram saja, mungkin sekarang dia dah semakin aktif, maklum lah dah pandai menyuloq (menyulur), habis lah dia terjun dari toto yang di hampar tu, tak kira tempat dia pergi, dan satu lagi yang perlu di catatkan.. sekarang nih adik Anieq dah mula dok angkat punggung, mmungkin tidak lama lagi dah nak merangkak... cepatnya masa berlalu kan?

tengok tu.. dah 7.6kg, nak 200g saja.. tapi kan dia dah tak senyum macam biasa
hah lagi.. muka suspen nak kena cucuk...
..ini muka bangun tidoq pagi nih.. bila di check tengok.. ada sesuatu yang tak kena kat mulut dia..
bila dah di close-up sikit baru lah nampak, eh gigi dia dah tumbuh lah!!!!!

Monday, March 30, 2009

Anieq dah 5 bulan dah








Whoaaa.. sedar tak sedar Anieq dah masuk 5 bulan aka bulan ke enam, dah besar dah budak nih, dah pandai main mata dah pandai angkat kening.. dah tu gelak pun dahmula mengekek.. kalau orang agah saja senyum meleret.. sekarang nih dah 7.3 @ 7.4 kilo dah nih.. 
nih masa 23.03 nak gi cucuk lah kekononnya, tapi dia selsema dan suhu badan dia naik sikit, jadi tak jadi lah, tengok berat dia tu, masa nih dah 7kg lebih dah..
nih, masa nak gi cucuk kali kedua la, seminggu lepas tu, dalam 1 hb April , tengok tu berat badan dia dah naik jadi 7.3 or 7.4 kilo dah, isk cepatkan berat badan dia naik..
hah, kang dah kena cucuk, tengok tuh sampai 3 orang kena pegang, yakni doktor, mema aku dan jurugambarnya, he hee aku lah tu... 
Posted by Picasa

Monday, March 9, 2009

Anieq Nu'man dah 4 bulan..


Hmm... dah lama tak tempekkan muka Anieq kat sini, sekarang ni dah 4 bulan lebih dah, dah pandai meniarap, dan bila dah meniarap mulut dia bising saja, kejap dia nak nangis, kejap dia nak bersembang, dah tu pulak sekarang ni dia dah pandai tengok tv dah, kalau tengok tv tu, diam saja penuh konsentrasi.. dan kadang-kadang mulut pon terbuka.. he hee apa lah Anieq nih.. tengok tv sampai terbuka mulut dia....

Pulak sekarang ni Anieq nih dah mula nak menyuloq (mengulur... errr bergerak kedepan, mengesot nih biasanya kalau duduk.. tapi kalau pucuk pokok menjalar juga mengulur kan..? adeh paham-paham sendiri la kan..?) , kejap kedepan, kejap kebelakang kadang-kadang tu ketepi, dah tu pandai lak menelantang balik bila dah penat meniarap. Emm satu lagi kan, dia ni dah pandai senyum kalau di agah, kadang-kadang tu sampai ketawa mengekek kalau di geletek.. ralit la kalau main dengan dia.. hmm gamaknya pasal tu ayong cemburu kot, kalau dah lama main ngan adik lepas tu ayong datang la nak buat hal...
Posted by Picasa

Friday, February 20, 2009