Tuesday, December 30, 2008

Dah dua bulan Anieq Nu'man nih..

Hmmm dah dua bulan anieq nu'man nih, tapi masih lagi tak berapa nak pandai senyum, melainkan masa dia separuh sedar tuh..panggil jer nama dia baru dia senyum... kemarin sepanjang hari dia nangis, tak dapat nak di pujuk macam tu, mama dia pon dahnaik pening tak tau pasal apa, nangis sampai mengantuk baru la berenti, tapi minum tetap minum juga, dah kenyang dia tido, sekejap pastu dia jaga nangis lagi, sampai lah kemalam suara dia pon dah  serak dah sikit-sikit.. ala-ala rockerz macam tu, pagi nya ponmasih lagi nangis lagi.. hmm masa nak mandikan dia pagi tadi baru la nampak rupanya bekas cucuk BCG dia kat bahu tu bengkak dan menanah, patut la.. mesti di sakit semalam tuh.. 
Lepas mandi.. lepas makan tengah hari bagai.. terus la kami pi ke Jitra nak pi check kat Klinik Mahsuri, sempat juga kami singgah kat Polimas pasai mama Anieq nak kena sign opsyen cuti dia, lepas tu baru gi Klinik Mahsuri , lebih kurang 1 jam tunggu baru la dapat jumpa doktor nak check, doktor kata diamemang lambat baik la sikit BCG nih, oooo macam tu yer doktor? tak per lah doktor bagi juga ubat sakit/demam dan ubat sapu tak bagi bengkak rasanya dan sempena 2 bulan umur dia, maka dapat lah hadiah dari doktor.. he hee ken cucuk lagi... 
Adik Anieq buat aksi malu, tak mau tengok berat badan dia...

bila dah bagi tau yang berat badan dia dah 5.5kg, dia buat aksi terkejut la pulak

nih bukti dia... hu huuuu

1 comment:

Ixora said...

Baby dah makin berat....penat la mum & daddy dia nak dukung 24 jam...

so sweet....