Wednesday, November 26, 2008

Hari ke 27...

Nih, Anieq Nu'man pada hari ke 27, gambar ni ku rakam masa balik makan tengah hari tadi, tengok-tengok mama dia dah lumur sapukan dengan bedak sejuk. isk lena la tido dia.. dah la cuaca sejuk, tambah lagi sejuk dengan bedak sejuk... nampak tuh rambut dia.. dah makin banyak.. harap-harap lurus la, tak macam kakak dia, ikal malahan berpusing-pusing.. jenuh la nak jaga.. 

Tuesday, November 25, 2008

Dah 26 hari dah...




dah 26 hari dah, muka dia semakin hari semakin berubah.. sekarang ninampaknya makin kuat minum la, kalau jaga tengah malam mesti nak minum jer, kejap cari mak dia, kejap cari botol susu,  lepas tu berak saja... suara dia nangis,  punya la nyaring.. boleh mengejutkan owang di waktu malam.. buku dalam bilik sahaja.. bilik sebelah pon boleh jaga ooo... 

Friday, November 21, 2008

Anieq Nu'man : Hari Ke 21

Hmm sedar tak sedar dah 21 hari dah Anieq Nu'man nih, dah besar pon dia.. cumanya masih lagi menangis dan menjerit bila kelaparan.. terkejut jug la, ingat kan kena gigit binatang ke, nyamuk ker.. tapi hanya lapar dah menjerit kuat-kuat.. dia masih lagi belum pandai senyum ketika sedarnya, tapi dah pandai lehat sekeliling dan alert bila ada ong di sebelah dia.. tengok kt bawah ni...




Saturday, November 15, 2008

Gambar Anieq lagi...

huh.. gambar BB botak ni lagi la... belum boley nak update banyak-banyak... 
privacy sedikit kureng.. ramai owang la pulak kat umah nih.. jadi kapla ada sikit weng la... 
pssst :-
kalau korang tanya apa yang di tepekkan oleh mama Anieq kat kepala dia..? Ia hanya lah sekadar bedak sejuk sahaja.. guna nya? nak bagi sejuk kepala.. nak bagi kepala dia tak ringan sangat.. 
kalau tak..?
Dia muda tarkojut ooo.. he heee 

Thursday, November 13, 2008

Majlis Kesyukuran dan bercukur.. Part 1

Alhamdulillah, selepas bertegang betis, lengan dan urat-urat sebgal ku, majlis bercukur dan kesyukuran telah selesai dengan sempurnanya.. sebenarnya aku masih amat letih rasanya, tiada terdaya nak celik mata rasanya.. tapi ku tahan jua semata nak update.. aku tau ada yang dah tak sabar nak tau macam mana perjalanan kenduri nih, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan selamat.. walau terdapat beberapa hal berlaku tapi dasarnya semuanya berjalan dengan elok.. yang lain-lain layan saja la.. gambar yang sedikit nih.. aku hanya sempat snap sedikit dek kebizian dengan segala urusannya.. layan sajal lah dulu gambarnya nih.
Athirah yang tak mou berenggang dengan Anieq yang sedang di cukur rambutnya..

"Anieq botak!".. jerit Athirah... tapi dia masih cool saja kan..? Tak nangis masa bercukur, malahan tido saja.. ni selepas di mandikan, gamaknya terasa ringan kepalanya.. 

Antara hadirin dan hadirat sekelian yang sudi menghabiskan juadah yang disediakan..
(alamak gambar juadah terlupak nak amik.. huh bz sungguh la ni.. )

Gambar masa malam, selepas semua tetamu balik rumah, lega rasanya kan anieq. dah tak der sapa yang nak kaco-kaco lagi.. siang tadi nak tido pon tak senangkan.. kejap-kejap diangkat.. kejap-kejap di cium.. nak tido pon tak senangkan, anieq?