Thursday, November 6, 2008

Kelu Jr .. : Dahseminggu

Adik.. hari ke 7
Sedar tak sedar dah seminggu adik di lahirkan, masih lagi belum bernama, masih lagi belum bercukur, berbanding dengan kakak yang mana pusatnya luruh pada hari ke 6, dan hari ke 7 nya dah boleh bercukur dan siap dengan Akikah sekali.. iye lah kan kakak nya dilahirkan secara normal, lepas tu pulak sekor saja kambing jadi semuanya save budget lah kan.. Manakala adiknya di dilahir melalui pembedahan .. jadi makan modal dan masa la, lepas tu nak cari dua ekor kambing untuk Akikah memang makan modal la sikit.. tapi InsyaAllah aku akan usahakan la.. supaya nanti-nanti tak yah aku pikirkan lagi... 
Hari ni, sekali lagi pergi periksa kuning di Klinik Kuala Perlis, Alhamdulillah dah mula turun kepada 10.3.. tapi besoknya kena lagi la pergi check.. moga-moga akan terus turun la, tak yah aku berulang lagi ke sana...  
** bagi yang bertanya, pasai apa gambar BB dok tido dan terpejam saja? hmm bapak dia masih kurang kesabaran nak tunggu dia bukak mata, dia ni masih manyak tido dari jaga.. jadi tunggu aje lah bila ada nanti boleh letakkan kat sini.. gambar macam ni ke.. 

nih gambar masa 2 hari, kad wad lagi... 

Wednesday, November 5, 2008

Serupa tak..?


Tuesday, November 4, 2008

Kelu Jr : Hari ni..

Hari ni kena pergi lagi Klinik Kesihatan Kuala Perlis, buat pemeriksaan jaundice adik Ti'ah, hmmm naik lagi la, tapi tak banyak.. 13 saja.. naik 0.7 .. (hu huu kalau tanya aku paham ke apa tu.. mana lah aku paham kan..?) 
Bayi yang mengidap penyakit ini akan kelihatan kuning pada kulit dan matanya disebabkan oleh tahapbilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin dalam keadaan normal diproses melalui hati dan dinyahkan melalui usus sebagai bile. Pada pesakit jaundice, peningkatan tahap bilirubin adalah lebih cepat daripada ianya dapat diproses dan disalurkan keluar oleh hati bayi. Kadar bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah boleh menyebabkan pekak dan kecacatan otak (cerebral palsy). 
Adalah dianggarkan bahawa sehingga 60% bayi mengidap penyakit ini dan 10 - 20% memerlukan rawatan. Pemakanan, gaya hidup dan persekitaran selalu dikaitkan sebagai sebab-sebab berlakunya keadaan ini.

Esok nampak gayanya kena lagi pi check la...

Monday, November 3, 2008

Kelu Jr... : Hari Keempat

Nyanyi Athirah :
"Siang Mengantuk,
Malam Berjaga"
--------------------------


Hari ni tahap Jaundice : 12.3... misi suggest masuk wad.. tapi nak kena rujuk ke Klinik Mahsuri Jitra dulu.. 


Update: 20.00hrs



Bila pergi klinik tadi.. doktor tu kata, ikut akan besar baby dengan tahap jaundice tu kira ok lagi la.. tapi kalau terus naik dengan kadar yang banyak ada kemungkinan besok terpaksa masuk wad juga la.. harap-harap besok semuanya akan ok.. Hari ni juga, baby mula berak dengan agak banyak kat klinik.. mungkin ini satu tanda yang dia nak sembuh kot... 

Sunday, November 2, 2008

Kelu Jr.. : Jaundice...


Hari ni pi check jaundice... resultnya 8.8.. jadi esok kena pi check lagi la...