Tuesday, December 30, 2008

Dah dua bulan Anieq Nu'man nih..

Hmmm dah dua bulan anieq nu'man nih, tapi masih lagi tak berapa nak pandai senyum, melainkan masa dia separuh sedar tuh..panggil jer nama dia baru dia senyum... kemarin sepanjang hari dia nangis, tak dapat nak di pujuk macam tu, mama dia pon dahnaik pening tak tau pasal apa, nangis sampai mengantuk baru la berenti, tapi minum tetap minum juga, dah kenyang dia tido, sekejap pastu dia jaga nangis lagi, sampai lah kemalam suara dia pon dah  serak dah sikit-sikit.. ala-ala rockerz macam tu, pagi nya ponmasih lagi nangis lagi.. hmm masa nak mandikan dia pagi tadi baru la nampak rupanya bekas cucuk BCG dia kat bahu tu bengkak dan menanah, patut la.. mesti di sakit semalam tuh.. 
Lepas mandi.. lepas makan tengah hari bagai.. terus la kami pi ke Jitra nak pi check kat Klinik Mahsuri, sempat juga kami singgah kat Polimas pasai mama Anieq nak kena sign opsyen cuti dia, lepas tu baru gi Klinik Mahsuri , lebih kurang 1 jam tunggu baru la dapat jumpa doktor nak check, doktor kata diamemang lambat baik la sikit BCG nih, oooo macam tu yer doktor? tak per lah doktor bagi juga ubat sakit/demam dan ubat sapu tak bagi bengkak rasanya dan sempena 2 bulan umur dia, maka dapat lah hadiah dari doktor.. he hee ken cucuk lagi... 
Adik Anieq buat aksi malu, tak mau tengok berat badan dia...

bila dah bagi tau yang berat badan dia dah 5.5kg, dia buat aksi terkejut la pulak

nih bukti dia... hu huuuu

Friday, December 19, 2008

Senyuman pertama..

Okeh.. okeh.. bukan lah kali pertama adik Anieq senyum.. bukan.. tapi senyuman yang pertama yang dapat aku rakam kan.. he he.. sungguh dia belum pandai nak senyum lagi sebenanya, mungkin dia senyum di bawah sedar dia la... okeh cite dia macam ni, tadi masa selepas balik dari semyang jumaat, adik anieq baru saja bangun tido, tapi masih dok lali2 lagi lah, sekejap tutup mata, sekejap buka mata.. hmm saje saja aku cakap kat dia, adik senyum la sikit.. tiba-tiba saja dia senyum.. hmmm lepas aku amik la hp set to pic mode, cuba sekali lagi.. adik senyum la.. sekali lagi dia senyum malah senyum yang lebar tu.. hu huu seronok aku.. 
masa ni adik anieq masih dok lali-lali lagi


lepas tu terus tersenyum lebar...
lepas tu terus terjaga pasal kena cahaya flash

Sunday, December 14, 2008

dah 45 hari dah...

Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. Anieq Nu'man dah 45 hari umur dia, pejam celik-pejam celik.. sekejap masa berlalu.. masa ni Anieq Nu'man dah 4.8kg.. wah cepat betul berat badan dia bertambah berbanding dari kali terakhir timbang 2 minggu lepas baru jer 3.5 kilo.. dah naik 1.3kg.. cepat betul, tapi nak heran apa kan, minum susu cukup banyak, kejap susu mama dia kejap pulak susu formula.. isk kalau lambat suap jer... maka nyaring keluar suara dia tu... 
hmm.. apa aku nak jadi bila besar nanti yer..?

errr kalau jadi operator telefon macam ni?

alah abah ni kacau angan2 orang la... 

tidur lah....