Thursday, November 6, 2008

Kelu Jr .. : Dahseminggu

Adik.. hari ke 7
Sedar tak sedar dah seminggu adik di lahirkan, masih lagi belum bernama, masih lagi belum bercukur, berbanding dengan kakak yang mana pusatnya luruh pada hari ke 6, dan hari ke 7 nya dah boleh bercukur dan siap dengan Akikah sekali.. iye lah kan kakak nya dilahirkan secara normal, lepas tu pulak sekor saja kambing jadi semuanya save budget lah kan.. Manakala adiknya di dilahir melalui pembedahan .. jadi makan modal dan masa la, lepas tu nak cari dua ekor kambing untuk Akikah memang makan modal la sikit.. tapi InsyaAllah aku akan usahakan la.. supaya nanti-nanti tak yah aku pikirkan lagi... 
Hari ni, sekali lagi pergi periksa kuning di Klinik Kuala Perlis, Alhamdulillah dah mula turun kepada 10.3.. tapi besoknya kena lagi la pergi check.. moga-moga akan terus turun la, tak yah aku berulang lagi ke sana...  
** bagi yang bertanya, pasai apa gambar BB dok tido dan terpejam saja? hmm bapak dia masih kurang kesabaran nak tunggu dia bukak mata, dia ni masih manyak tido dari jaga.. jadi tunggu aje lah bila ada nanti boleh letakkan kat sini.. gambar macam ni ke.. 

nih gambar masa 2 hari, kad wad lagi... 

3 comments:

Anonymous said...

bile la nak tahu nama si baby ni...hope jaundice nye makin berkurangan...

Anonymous said...

takde nama lagi ye... carik la nama dalam buku.. yang maksudnya elok2 sikit zul... :)

Anonymous said...

risa..
InsyaAllah nam dia nak dok mai dah..

Neeza..
InsyaAllah... tengah dok selongkaq kitab-kitab lama.. hmmmmm.. he hee