Hmmm dah dua bulan anieq nu'man nih, tapi masih lagi tak berapa nak pandai senyum, melainkan masa dia separuh sedar tuh..panggil jer nama dia baru dia senyum... kemarin sepanjang hari dia nangis, tak dapat nak di pujuk macam tu, mama dia pon dahnaik pening tak tau pasal apa, nangis sampai mengantuk baru la berenti, tapi minum tetap minum juga, dah kenyang dia tido, sekejap pastu dia jaga nangis lagi, sampai lah kemalam suara dia pon dah serak dah sikit-sikit.. ala-ala rockerz macam tu, pagi nya ponmasih lagi nangis lagi.. hmm masa nak mandikan dia pagi tadi baru la nampak rupanya bekas cucuk BCG dia kat bahu tu bengkak dan menanah, patut la.. mesti di sakit semalam tuh..
Lepas mandi.. lepas makan tengah hari bagai.. terus la kami pi ke Jitra nak pi check kat Klinik Mahsuri, sempat juga kami singgah kat Polimas pasai mama Anieq nak kena sign opsyen cuti dia, lepas tu baru gi Klinik Mahsuri , lebih kurang 1 jam tunggu baru la dapat jumpa doktor nak check, doktor kata diamemang lambat baik la sikit BCG nih, oooo macam tu yer doktor? tak per lah doktor bagi juga ubat sakit/demam dan ubat sapu tak bagi bengkak rasanya dan sempena 2 bulan umur dia, maka dapat lah hadiah dari doktor.. he hee ken cucuk lagi...
Adik Anieq buat aksi malu, tak mau tengok berat badan dia...
bila dah bagi tau yang berat badan dia dah 5.5kg, dia buat aksi terkejut la pulak
Okeh.. okeh.. bukan lah kali pertama adik Anieq senyum.. bukan.. tapi senyuman yang pertama yang dapat aku rakam kan.. he he.. sungguh dia belum pandai nak senyum lagi sebenanya, mungkin dia senyum di bawah sedar dia la... okeh cite dia macam ni, tadi masa selepas balik dari semyang jumaat, adik anieq baru saja bangun tido, tapi masih dok lali2 lagi lah, sekejap tutup mata, sekejap buka mata.. hmm saje saja aku cakap kat dia, adik senyum la sikit.. tiba-tiba saja dia senyum.. hmmm lepas aku amik la hp set to pic mode, cuba sekali lagi.. adik senyum la.. sekali lagi dia senyum malah senyum yang lebar tu.. hu huu seronok aku..
Alhamdulillah.. sedar tak sedar.. Anieq Nu'man dah 45 hari umur dia, pejam celik-pejam celik.. sekejap masa berlalu.. masa ni Anieq Nu'man dah 4.8kg.. wah cepat betul berat badan dia bertambah berbanding dari kali terakhir timbang 2 minggu lepas baru jer 3.5 kilo.. dah naik 1.3kg.. cepat betul, tapi nak heran apa kan, minum susu cukup banyak, kejap susu mama dia kejap pulak susu formula.. isk kalau lambat suap jer... maka nyaring keluar suara dia tu...
Nih, Anieq Nu'man pada hari ke 27, gambar ni ku rakam masa balik makan tengah hari tadi, tengok-tengok mama dia dah lumur sapukan dengan bedak sejuk. isk lena la tido dia.. dah la cuaca sejuk, tambah lagi sejuk dengan bedak sejuk... nampak tuh rambut dia.. dah makin banyak.. harap-harap lurus la, tak macam kakak dia, ikal malahan berpusing-pusing.. jenuh la nak jaga..
dah 26 hari dah, muka dia semakin hari semakin berubah.. sekarang ninampaknya makin kuat minum la, kalau jaga tengah malam mesti nak minum jer, kejap cari mak dia, kejap cari botol susu, lepas tu berak saja... suara dia nangis, punya la nyaring.. boleh mengejutkan owang di waktu malam.. buku dalam bilik sahaja.. bilik sebelah pon boleh jaga ooo...
Hmm sedar tak sedar dah 21 hari dah Anieq Nu'man nih, dah besar pon dia.. cumanya masih lagi menangis dan menjerit bila kelaparan.. terkejut jug la, ingat kan kena gigit binatang ke, nyamuk ker.. tapi hanya lapar dah menjerit kuat-kuat.. dia masih lagi belum pandai senyum ketika sedarnya, tapi dah pandai lehat sekeliling dan alert bila ada ong di sebelah dia.. tengok kt bawah ni...
huh.. gambar BB botak ni lagi la... belum boley nak update banyak-banyak...
privacy sedikit kureng.. ramai owang la pulak kat umah nih.. jadi kapla ada sikit weng la...
pssst :-
kalau korang tanya apa yang di tepekkan oleh mama Anieq kat kepala dia..? Ia hanya lah sekadar bedak sejuk sahaja.. guna nya? nak bagi sejuk kepala.. nak bagi kepala dia tak ringan sangat..
Alhamdulillah, selepas bertegang betis, lengan dan urat-urat sebgal ku, majlis bercukur dan kesyukuran telah selesai dengan sempurnanya.. sebenarnya aku masih amat letih rasanya, tiada terdaya nak celik mata rasanya.. tapi ku tahan jua semata nak update.. aku tau ada yang dah tak sabar nak tau macam mana perjalanan kenduri nih, Alhamdulillah semua nya berjalan dengan selamat.. walau terdapat beberapa hal berlaku tapi dasarnya semuanya berjalan dengan elok.. yang lain-lain layan saja la.. gambar yang sedikit nih.. aku hanya sempat snap sedikit dek kebizian dengan segala urusannya.. layan sajal lah dulu gambarnya nih.
Athirah yang tak mou berenggang dengan Anieq yang sedang di cukur rambutnya..
"Anieq botak!".. jerit Athirah... tapi dia masih cool saja kan..? Tak nangis masa bercukur, malahan tido saja.. ni selepas di mandikan, gamaknya terasa ringan kepalanya..
Antara hadirin dan hadirat sekelian yang sudi menghabiskan juadah yang disediakan..
(alamak gambar juadah terlupak nak amik.. huh bz sungguh la ni.. )
Gambar masa malam, selepas semua tetamu balik rumah, lega rasanya kan anieq. dah tak der sapa yang nak kaco-kaco lagi.. siang tadi nak tido pon tak senangkan.. kejap-kejap diangkat.. kejap-kejap di cium.. nak tido pon tak senangkan, anieq?
Memang benar lah, adik ni... "Siang Mengantu malam berjaga".. pada waktu siang nih.. tido saja keja dia, bila dah malam baru la mula berjaga.. biasanya dari kol 2 - 3 pagi.. sampai lah dah dekat nak subuh baru la dia nak tido, jenuh la mama dan atuknya berjaga melayan kerenah si adik nih, patut lah sampai sakit-sakit kepala di buatnya.. walaupun begitu abahnya masih lagi terlepas dari di dera si adik pasal abahnya melayan si kakak tido dalam bilik.. manakala adik masih lagi tido kat luar bilik bersama atuknya (errr tukkat sebelah utara ngan sebelah selatan pastinya tak sama kan..?) .. he hee
Gambar awal pagi hari ke 8, masa nak bersiap-siap kan adik untuk pergi check kuning di Klinik Kesihatan Kuala Perlis, emm anak teruna ni masih lom mandi lagi, jahatnya baha dia kan.. ntah kanair liur basi pon masih ada lagi.. dalam kol 10.00 pagi baru lah dapat pergi peksa.. result nya ialah turun 0.4 sahaja.. hu huu jadi ari Ahad ni kena check lagi la...
Sedar tak sedar dah seminggu adik di lahirkan, masih lagi belum bernama, masih lagi belum bercukur, berbanding dengan kakak yang mana pusatnya luruh pada hari ke 6, dan hari ke 7 nya dah boleh bercukur dan siap dengan Akikah sekali.. iye lah kan kakak nya dilahirkan secara normal, lepas tu pulak sekor saja kambing jadi semuanya save budget lah kan.. Manakala adiknya di dilahir melalui pembedahan .. jadi makan modal dan masa la, lepas tu nak cari dua ekor kambing untuk Akikah memang makan modal la sikit.. tapi InsyaAllah aku akan usahakan la.. supaya nanti-nanti tak yah aku pikirkan lagi...
Hari ni, sekali lagi pergi periksa kuning di Klinik Kuala Perlis, Alhamdulillah dah mula turun kepada 10.3.. tapi besoknya kena lagi la pergi check.. moga-moga akan terus turun la, tak yah aku berulang lagi ke sana...
** bagi yang bertanya, pasai apa gambar BB dok tido dan terpejam saja? hmm bapak dia masih kurang kesabaran nak tunggu dia bukak mata, dia ni masih manyak tido dari jaga.. jadi tunggu aje lah bila ada nanti boleh letakkan kat sini.. gambar macam ni ke..
Hari ni kena pergi lagi Klinik Kesihatan Kuala Perlis, buat pemeriksaan jaundice adik Ti'ah, hmmm naik lagi la, tapi tak banyak.. 13 saja.. naik 0.7 .. (hu huu kalau tanya aku paham ke apa tu.. mana lah aku paham kan..?)
Bayi yang mengidap penyakit ini akan kelihatan kuning pada kulit dan matanya disebabkan oleh tahapbilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin dalam keadaan normal diproses melalui hati dan dinyahkan melalui usus sebagai bile. Pada pesakit jaundice, peningkatan tahap bilirubin adalah lebih cepat daripada ianya dapat diproses dan disalurkan keluar oleh hati bayi. Kadar bilirubin yang terlalu tinggi dalam darah boleh menyebabkan pekak dan kecacatan otak (cerebral palsy).
Adalah dianggarkan bahawa sehingga 60% bayi mengidap penyakit ini dan 10 - 20% memerlukan rawatan. Pemakanan, gaya hidup dan persekitaran selalu dikaitkan sebagai sebab-sebab berlakunya keadaan ini.
Hari ni tahap Jaundice : 12.3... misi suggest masuk wad.. tapi nak kena rujuk ke Klinik Mahsuri Jitra dulu..
Update: 20.00hrs
Bila pergi klinik tadi.. doktor tu kata, ikut akan besar baby dengan tahap jaundice tu kira ok lagi la.. tapi kalau terus naik dengan kadar yang banyak ada kemungkinan besok terpaksa masuk wad juga la.. harap-harap besok semuanya akan ok.. Hari ni juga, baby mula berak dengan agak banyak kat klinik.. mungkin ini satu tanda yang dia nak sembuh kot...
Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan. Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja.
Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar... kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kuat mesti dengar punya.
Lepas sarapan sumer, gi la pulak tunggu kat situ, hmm masih lagi ramai ibu-ibu mengandung kat situ, yang pukul 8.00 pun masih lagi lom masuk, nampak gayanya akan lambat lagi la... jadi aku permisi untuk ke bank nak bayar hutang keta, dan juga beberapa hutang dan bil lagi. Dalam pukul 11.30 setelah tak ada call dari mem aku, aku gi tengok pulak la.. hmm masih ramai juga yang belum di check.. aku pon tunggu punya tunggu dekat kol 12.00 baru la mem aku di panggil.. Hu hu.. lama betu mem aku masuk dalam bilik pemeriksaan tuh, sejam lebih aku rasa, aku dah cuak dah pasal sebelum dia masuk tu ada 2 tiga kes , ada yang kena masuk wad terus, ada yang kena berbincang dulu...
Dalam kol satu macam tu, baru la mem aku kuar, lega aku.. ingatkan semuanya ok saja, waktu seayang jumaat pon dah dekat nih, dah keluar tu, dah amik kad semua... masuk dalam keta baru lah mem aku ceta yang masa masuk check tu, ada dekat 6 - 7 orang yang masuk sekali dok try scan perut dia, depa kata samapi luar dari kawasan scan.. berat anak dah mencecah 4.30kg.. yang mana tiada pilihan lain melainkan kena operate juga... risiko nak sangkut bahu tu tinggi depa kata... masa ni mata mem aku berair tak berenti dah, kalau boleh memang dia tak mo di operate la... jadi ikut rancangan doktor tuh, 5/11 masuk wad dan 6/11 baru di operate.. tak pe lah, aku kata nanti kita mintak pandangan ke dua dari Dr Annuar di Klinik Perubatan Mahsuri Jitra. Kami memang dah rancang nak pergi check pada 2 hb, kalau ok nak induce saja.. pasai mem aku dh tak larat sangat dah..
Sampai rumah mertua aku di Kg Sg Padang dah pukul 1.25 min tgh... terus aku bersalain dan bergegas ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, Alamdulillah.. sampai saja Tok Khatib belum abis khutbah lagi.. sempat juga aku sembahyang sunat dan dengar hujung-hujung khutbah.. habis sembahyang semua dalam kol 1.50, balik semula ke rumah mertu aku makan tengah hari dan bersiap untuk ke Jitra. turut bersama ialah ibubapa mertua aku la, depa pon dah tak senang duduk, maklum la anak depa nak kena operate.. on the way tu sempat singgah pasar malam Simpang Empat yang baru nak di buka ada la dua tiga geai yang dh di buka, temasuk satu gerai apom balik, mem aku teringin nak makan apom balik la pulak.. dalam kol 3.00 petang baru teruskan perjalanan ke Pusat Rawatan Mahsuri (PRM), Jitra.
Sampai di PRM lebih kurang dalam pukul 3.45ptg dan masuk berjumpa dengan doktor Annuar lebih kurang pukul 4.20 ptg. kiranya ramai juga la pesakit dia nih, kena bersabar la tunggu kan..? Dah berjumpa dengan dia, sembang lebih kurang, bagi detail apa yang doktor kat Hospital Kangar tu bagitau dan scan, pastu dia pon nak scan sekali lagi dan memang dia pon dapat bacaan 4.30kg, dan sama seperti di Kangar kata, operate adalah keputusan yang terpaksa di buat... nampak gayanya kami tiada pilihan lain lagi la.. terpaksa la juga kena operate..
Jadi teus saja mem aku tanya bila doktor boleh buat, dan sepantas tu juga doktor bagi jawapan " kalau dah ready, petang ni juga boleh buat", hah sapa suruh tanya? " kalau dah nak buat, meh kita bincang bagi detail".. hmm sebenarnya tak dak ada apa nak detailnya lagi.. semua dah ada dalam kad rawatan kan..? "errr doktor kalau nak buat ari ni, kami nakkena sediakan apa? kami tak dak bawak apa-apa pon ?".. "Tak payah sediakan apa-apa pon, kami dah ada.. ", uih mudah sampai macam tu kah? Lepas tu doktor tanya bila last mem aku makan? Emm makan apom balik tadi la dalam kol 3.00 kan..? "Kalau macam tu, sekarang boleh rehat-rehat dulu, selesaikan apa2 yang dan buat, nak makan2 ka.." tapi yang nak operate tak leh makan la.. "pukul 7.30 anti kita leh bersiap2 nak operate".. ni bermakna sempat la mem aku nak semayang Maghrib dulu..
Sementara nak tunggu Maghrib tu, kami pergi dulu Masjid dekat dengan PRM tu, baru saja nak masuk masjid PRM telefon suruh masuk awal dalam 6.30 ptg untuk persiapan operate dalam kol 7.00 ptg pasal Dr Annuar ada temu janji lain lepas operate tu, hmm ok saja lah kan, lepas semayang pergi cariri susu untuk baby nanti (pasal tak tau yang ianya dah disediakan.. ), dalam kol 6.30 petang dah samapi PRM dan mem terus di bawak masuk ke bilik persalinan dan persediaan.. lepas 20 minit baru la aku pulak di panggil.. tujuan aku di panggil ialah untuk menandatangan borang apa tah aku pon tak sempat nak baca pasai saspen gak , maklum la mem nak kena operate.. he hee.. dalam masa dok sign borang tu, nurse tu tanya samada aku nak masuk sama masa mem di operate, errr.. terkedu aku, tiada jawapan! Pasal aku pon tak pasti nak masuk ke tidak. Kali ke dua dia tanya, baru aku tanya dia kalau masuk di mana akuakan duduk ker, berdiri ke..? Dia jawab duduk kat hujung kepala mem aku la, dia akan di bius separuh sahaja, jadi masih sedar la walaupun tak rasa apa-apa.
(emm dalam debaran tuh, sempat juga tersengih.. ala-ala sengih dalam debaran macam tu)
Lepas saja tandatangan borang baru la pi berjumpa dengan mem aku kat bilik persediaan tu, sempat juga bergambar macam ni, nasib baik tak bergambar berdua, lagi lah nampak akan ke'keciwian' aku nih, hu huu aku tak peduli la apa orang nak kata, penting bagi aku nak meriwayatkan semua nih untuk masa-masa depan. Lepas bercakap bersembang lebih kurang, nurse pon datang untuk bawak (pimpin) aku mem aku masuk ke bilik pembedahan, aku kena tunggu kat luar lah dulu. Mak mertua aku kemudian di bawa tunggu sama, manakala pa mertua aku entah melilau pi mana tah..
Sementara mem aku di siapkan, dia bius dan seumpama nya, aku dengan mak mertua dok kat luar bilik pembedahan sajala..kejap kemudian depa bagi baju nih untuk masuk bilik operation, sambil do pakai baju nih mak mertua aku tanya, berani ka aku nak masuk tengok, terus terang aku cakap, ntah la.. pasal aku pon tak pernah tengok secara dekat, aku pon tak pasti aku takut darah ke tak (kalau setakat tengok org sembelih lembu tu biasa la), jadi aku rasa aku nak cuba masuk jugak la, nak test tengok diri aku berani ke tak, kang kalau tak tahan nanti aku keluar la.. agak-agak sepuluh minit selepas waktu Maghrib masuk, gamaknya selepas doktor semayang Maghrib baru lah bermula operation, ketika aku masuk operation baru saja bermula, terus aku di suruh duduk kat bahagian kepala mem aku, pada dasarnya memang aku tak nampak apa yang depa buat, tapi aku masih boleh juga jenguk-jenguk.. kemudian aku tanya kat doktor boleh ka amik gambar, boleh saja jawab depa, tapi aku surh depa yang amik video pakai hp, aku nak stay kat mem aku la, pasai dia pun sedar waktu tuh.. (video tak dapat disertakan... harap maaf yer..)
nih snapshot dari video tuh la.. nampak.. aku ada kat hujung tuh.. leh buat bukti ni kan..?
tepat jam 7.32 petang.. Muhammad Anieq Nu'man di lahirkan..
Anieq Nu'man di bersihkan ..
Selepas di bersihkan, bau lah di kenalkan dengan mama dia...
Ini lah Muhammad Anieq Nu'man selepas dimandikan, di azankan dan di tempatkan di bilik kanak-kanak untuk pemerhatian.