Hai ni genap sudah, Anieq 3 bulan lahir ke dunia, dalam usia yang begitu muda dan rapuh ni, dia sungguh sensitif, hendak di manja bagai.. sentiasa kalau boleh nak melekat dengan mama dia, kalau hari bekerja susah juga jadinya, mama dia memang tak berkesempaan nak balik menyusu, jadi terpaksa lah dia menyimpan rindu dan dendam pada susu ibunya tu...
Sempena dengan 3 bulan ni, sekalai lagi kena buat chek-up at klinik, sekalai kan, bila pi klinik Kuala Perlis tak mahu pulak cucuk adik Anieq, dengan alasan pasal kami dah mula cucuk kat Mahsuri, kena teruskan kat sana, takut tak sama dos, isk terkedu juga aku, sambil dalam fikiran aku terfikir juga, adakah ubat cucuk 3 bulan ni tak sama antara klinik kesihatan kerajaan dan swasta? maka kerana itu kami terpaksa pegi cari klinik swasta lain.. takkan nak pi Mahsuri kat Jitra nun.. akhirnya dapat juga kat Klinik Penawar Kuala Perlis, doktor tu kata sepatutnya tak ada apa-apa perbezaan la, pasai rekod dah ada.. hmm entah lah... tapi hangin juga aku ngan mem, serasa nak patah balik kat klinik keihatan tu dan kutip nama sorang-sorang, repot saja kat pengarah esihatan Negeri, kang kalau depa betul mesti ada penerangan kan? kalau depa salah pon depa kena jawab juga kan...? bukan lah bermakna nak cari gaduh.. cuma nak tuntut hak saj kan? lepas tu sekurang-kurangnya tanya dulu kenapa sebelum reject terus ke klinik swasta...
Abis nya tak nak gaduh-gaduh maka pergi juga la ke klinik penawar tu dengan hati yang bengkak, lepas amik no giliran, tunggu juga dalam 1/2 jam, baru dapat jumpa doktor, nasib baik dia layan baguih punya.. ilang bengkak di hati, hmmm dah alang-alang buat kat klinik swasta dapat lah bergambo.. jadi layan sajo lah gambo nyer..
Dua-dua naik seriau bila doktor nak cucuk, Adik Anieq seriau nak kena cucuk, mama seriau takut Adik Anieq meronta, nanti jadi lagi sakit, tapi Alhamdulillah Adieq Anieq nih hero juga nih, sikit saja dia berbunyi.. lepas tu ok saja...